FNA CONCEPT STUDIO

What Are CLQ and TLQ Workers’ Accommodation? 

Apakah yang Dimaksudkan dengan Asrama Pekerja Kategori CLQ dan TLQ?

CLQ and TLQ are two categories of workers’ accommodation used to provide organised living arrangements for local and foreign workers. In Malaysia, these terms are used in planning guidelines to distinguish centralised workers’ accommodation from temporary accommodation intended for short-term needs. Understanding the differences is important for employers, developers and landowners planning to provide accommodation for workers.

What Is CLQ (Centralised Labour Quarters)?

Centralised Labour Quarters (CLQ) refers to workers’ accommodation provided within a designated building or area, with basic facilities and supporting amenities to create a more organised and comfortable living environment. CLQ is intended to provide a systematic accommodation arrangement that supports workers’ welfare and helps manage the impact of worker housing on the surrounding community. 

What Is TLQ (Temporary Labour Quarters)?

Temporary Labour Quarters (TLQ) refers to workers’ accommodation provided as a short-term arrangement to address immediate accommodation needs, including those associated with development or construction activities. Under the Malaysian planning procedure issued by KPKT, the TLQ procedure was specified for the period from 2024 to 2026, with CLQ identified as the preferred longer-term approach. Applicants should confirm the latest applicable policy and requirements with the relevant authorities before proceeding. 

What Is the Difference Between CLQ and TLQ?

  • Purpose: CLQ provides organised, centralised workers’ accommodation, while TLQ addresses temporary, short-term accommodation needs.
  • Duration: CLQ is generally intended as a longer-term accommodation arrangement, whereas TLQ is temporary and subject to the applicable approval period.
  • Planning Approach: CLQ follows the relevant planning guidelines for centralised workers’ accommodation. TLQ is subject to the applicable temporary accommodation procedure and its validity period.
  • Approval Requirements: Both proposals must be assessed against the requirements of the relevant planning and regulatory authorities.

What Should You Check Before Providing Workers’ Accommodation?

  • Planning Requirements: Check the applicable planning zoning and consult the Local Planning Authority (Pihak Berkuasa Perancang Tempatan) regarding the necessary approvals.
  • Land and Building Status: Review the land title, existing building use and relevant approvals.
  • Accommodation Standards: Check the applicable requirements under the Employees’ Minimum Standards of Housing, Accommodations and Amenities Act 1990 (Act 446), where applicable.
  • Certificate for Accommodation: Confirm the accommodation certification requirements with the Department of Labour Peninsular Malaysia (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia).
  • Facilities and Safety: Ensure the proposed accommodation addresses the applicable requirements for basic facilities, hygiene, safety and worker welfare.

Act 446 applies in Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan, subject to its applicable provisions. Planning approval and accommodation certification are separate matters, so the requirements should be checked with the relevant authorities. 

How Can FNA Concept Studio Assist?

Planning workers’ accommodation involves more than identifying a suitable site. The proposal must be assessed against applicable planning requirements and the relevant approval process. FNA Concept Studio provides town planning consultancy services to help employers, developers and landowners understand planning requirements and navigate the development approval process.

———————————————————————————————————————

CLQ dan TLQ merupakan dua kategori penginapan pekerja yang menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi pekerja tempatan dan asing. Di Malaysia, istilah ini digunakan dalam garis panduan perancangan untuk membezakan penginapan pekerja berpusat dengan penginapan sementara bagi keperluan jangka pendek. Memahami perbezaan antara kedua-duanya penting bagi majikan, pemaju dan pemilik tanah yang bercadang menyediakan penginapan pekerja.

Apakah CLQ (Centralised Labour Quarters)?

Centralised Labour Quarters (CLQ) atau Penginapan Pekerja Berpusat merujuk kepada penginapan pekerja yang disediakan dalam bangunan atau kawasan khusus, lengkap dengan kemudahan asas dan sokongan bagi mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang lebih teratur dan selesa. CLQ bertujuan menyediakan penginapan pekerja secara sistematik, menjaga kebajikan pekerja dan membantu menguruskan kesan penempatan pekerja terhadap komuniti sekeliling.

Apakah TLQ (Temporary Labour Quarters)?

Temporary Labour Quarters (TLQ) atau Penginapan Pekerja Sementara merujuk kepada penginapan yang disediakan untuk tempoh jangka pendek bagi memenuhi keperluan segera, termasuk keperluan yang berkaitan dengan aktiviti pembangunan atau pembinaan. Berdasarkan prosedur perancangan KPKT, prosedur TLQ ditetapkan bagi tempoh 2024 hingga 2026, manakala CLQ dikenal pasti sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk keperluan jangka panjang. Pemohon perlu mengesahkan dasar dan keperluan terkini dengan pihak berkuasa berkaitan sebelum meneruskan permohonan. 

Apakah Perbezaan antara CLQ dengan TLQ?

  • Tujuan: CLQ menyediakan penginapan pekerja berpusat yang lebih teratur, manakala TLQ memenuhi keperluan penginapan sementara bagi jangka pendek.
  • Tempoh: CLQ secara umumnya dirancang sebagai penginapan untuk jangka masa lebih panjang, manakala TLQ bersifat sementara dan tertakluk pada tempoh kelulusan yang berkenaan.
  • Pendekatan Perancangan: CLQ tertakluk pada garis panduan perancangan bagi penginapan pekerja berpusat. TLQ pula tertakluk pada prosedur penginapan sementara dan tempoh sah kelulusan yang berkaitan.
  • Keperluan Kelulusan: Kedua-dua cadangan perlu dinilai berdasarkan keperluan pihak berkuasa perancangan dan pengawalseliaan yang berkaitan.

Apakah yang Perlu Disemak Sebelum Menyediakan Penginapan Pekerja?

  • Keperluan Perancangan: Semak zon guna tanah yang berkenaan dan rujuk Pihak Berkuasa Perancang Tempatan mengenai kelulusan yang diperlukan.
  • Status Tanah dan Bangunan: Semak hak milik tanah, kegunaan bangunan sedia ada dan kelulusan berkaitan.
  • Piawaian Penginapan: Semak keperluan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), jika terpakai.
  • Perakuan Penginapan: Sahkan keperluan perakuan penginapan dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
  • Kemudahan dan Keselamatan: Pastikan cadangan penginapan memenuhi keperluan berkaitan kemudahan asas, kebersihan, keselamatan dan kebajikan pekerja.

Akta 446 terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, tertakluk pada peruntukan yang berkenaan. Kelulusan perancangan dan perakuan penginapan merupakan perkara yang berasingan, maka kedua-dua keperluan perlu disemak dengan pihak berkuasa berkaitan. 

Bagaimanakah FNA Concept Studio Boleh Membantu?

Perancangan penginapan pekerja bukan sekadar melibatkan pemilihan tapak yang sesuai. Cadangan pembangunan perlu dinilai berdasarkan keperluan perancangan dan proses kelulusan yang berkaitan. FNA Concept Studio menyediakan perkhidmatan perundingan perancangan bandar bagi membantu majikan, pemaju dan pemilik tanah memahami keperluan perancangan serta menguruskan proses kelulusan pembangunan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top