FNA CONCEPT STUDIO

Planning to Construct an Access Road to Your Development? What Approvals Are Required?

Ingin Membina Jalan Masuk ke Tapak Pembangunan? Apakah Kelulusan yang Diperlukan?

Planning to develop a piece of land but need a new access road? A suitable access road is essential for connecting your development to the existing road network. However, constructing one may require planning and technical approvals, particularly when the proposed access connects to a public road or involves an existing road reserve.

1. Check the Land and Road Reserve Status

Before designing the access road, identify the land ownership, site boundaries and road reserve involved. If the proposed access crosses land belonging to another party or affects a public road reserve, the relevant permissions must be confirmed before work begins.

2. Identify the Required Approvals

The approvals depend on the location of the access road and the authority responsible for the connecting road. Requirements may include:

  • Planning Permission (KM): Where required for the proposed development or access arrangement.
  • Road Access or Junction Approval: Approval from the relevant road authority, such as the Public Works Department (JKR), where the access connects to a road under its jurisdiction.
  • Road and Drainage Plan Approval: Where required for the proposed road layout, drainage and related infrastructure.
  • Other Technical Approvals: Additional requirements may apply depending on traffic conditions, utilities and site constraints.

3. Prepare the Necessary Plans

The submission may require a location plan, site or layout plan, road and drainage drawings, and supporting technical information. For developments with significant traffic impacts, a Traffic Impact Assessment (TIA) may also be required.

It is advisable to consult the local authority and relevant road authority early to confirm the submission requirements.

How Can FNA Concept Studio Assist?

FNA Concept Studio can help developers review planning requirements, coordinate development submissions and identify the relevant authorities to consult when planning an access road.

————————————————————————————————————

Merancang untuk membangunkan tanah tetapi memerlukan jalan masuk baharu? Jalan masuk yang sesuai penting untuk menghubungkan tapak pembangunan dengan rangkaian jalan sedia ada. Walau bagaimanapun, pembinaannya mungkin memerlukan kelulusan perancangan dan teknikal, terutamanya apabila jalan masuk yang dicadangkan bersambung dengan jalan awam atau melibatkan rizab jalan sedia ada.

1. Semak Status Tanah dan Rizab Jalan

Sebelum menyediakan reka bentuk jalan masuk, kenal pasti pemilikan tanah, sempadan tapak dan rizab jalan yang terlibat. Jika jalan masuk yang dicadangkan melalui tanah milik pihak lain atau melibatkan rizab jalan awam, kebenaran yang berkaitan perlu disahkan sebelum kerja dimulakan.

2. Kenal Pasti Kelulusan yang Diperlukan

Kelulusan bergantung pada lokasi jalan masuk dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan yang dihubungkan. Keperluan mungkin termasuk:

  • Kebenaran Merancang (KM): Jika diperlukan bagi pembangunan atau susunan akses yang dicadangkan.
  • Kelulusan Jalan Masuk atau Persimpangan: Kelulusan daripada pihak berkuasa jalan yang berkaitan, seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), jika jalan masuk bersambung dengan jalan di bawah bidang kuasanya.
  • Kelulusan Pelan Jalan dan Saliran: Jika diperlukan bagi susun atur jalan, sistem saliran dan infrastruktur berkaitan.
  • Kelulusan Teknikal Lain: Keperluan tambahan mungkin dikenakan bergantung pada keadaan trafik, utiliti dan kekangan tapak.

3. Sediakan Pelan yang Diperlukan

Dokumen permohonan mungkin merangkumi pelan lokasi, pelan tapak atau susun atur, lukisan jalan dan saliran serta maklumat teknikal sokongan. Bagi pembangunan yang mempunyai impak trafik yang ketara, Kajian Impak Trafik (TIA) juga mungkin diperlukan.

Pemaju disarankan untuk berunding dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa jalan yang berkaitan lebih awal bagi mengesahkan keperluan permohonan.

Bagaimana FNA Concept Studio Boleh Membantu?

FNA Concept Studio boleh membantu pemaju menyemak keperluan perancangan, menyelaras pengemukaan permohonan pembangunan dan mengenal pasti pihak berkuasa berkaitan yang perlu dirujuk dalam perancangan jalan masuk.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top