FNA CONCEPT STUDIO

Can I Build a House on Agricultural Land? Bolehkah Saya Membina Rumah di atas Tanah Berstatus Pertanian?

Can I Build a House on Agricultural Land? Bolehkah Saya Membina Rumah di atas Tanah Berstatus Pertanian? 

    Owning agricultural land does not automatically mean you can build a house on it. Before proceeding, it is important to understand the land status, planning zoning and approvals required for the proposed development.

    What Should You Check Before Building?

    • Land Title and Conditions: Check the registered land-use category, express conditions and any restrictions stated in the land title.
    • Planning Zoning: Refer to the applicable Local Plan (Rancangan Tempatan) to determine whether residential development is compatible with the designated land-use zoning.
    • Land Use Conversion: Depending on the land title and proposed development, approval to convert the land category or amend its conditions may be required from the relevant land authority.
    • Planning Permission (Kebenaran Merancang): Check with the Local Planning Authority (Pihak Berkuasa Perancang Tempatan) on the applicable planning requirements and approval process.
    • Building Plan Approval: Planning Permission and building plan approval are separate requirements. Obtain the necessary building plan approval before commencing construction, where applicable.

    What Should You Do Before Proceeding?

    • Verify the land title and its conditions.
    • Confirm that the proposed residential use is compatible with the applicable planning zoning.
    • Obtain the necessary land-related approvals, where required.
    • Confirm the Planning Permission and building plan requirements with the relevant authorities.

    The ability to build a house on agricultural land depends on the land title, planning zoning, proposed development and approvals required by the relevant authorities. Understanding these requirements early can help landowners identify the necessary steps and reduce potential delays.

    FNA Concept Studio provides town planning consultancy services to help landowners understand planning requirements and navigate the development approval process.

     

    Memiliki tanah berstatus pertanian tidak bermakna pemilik boleh terus membina rumah di atasnya. Sebelum memulakan pembinaan, pemilik perlu memahami status tanah, zon guna tanah dan kelulusan yang diperlukan bagi cadangan pembangunan tersebut.

    Apakah yang Perlu Disemak Sebelum Membina Rumah?

    • Hak Milik Tanah dan Syarat Nyata: Semak kategori kegunaan tanah yang berdaftar, syarat nyata dan sekatan yang dinyatakan dalam hak milik tanah.
    • Zon Guna Tanah: Rujuk Rancangan Tempatan yang berkaitan untuk menentukan sama ada cadangan pembangunan kediaman bersesuaian dengan zon guna tanah yang ditetapkan.
    • Penukaran Kategori atau Syarat Tanah: Bergantung pada hak milik dan cadangan pembangunan, kelulusan untuk menukar kategori kegunaan tanah atau meminda syarat tanah mungkin diperlukan daripada pihak berkuasa tanah yang berkenaan.
    • Kebenaran Merancang (Planning Permission): Semak dengan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan mengenai keperluan perancangan dan proses permohonan yang berkaitan.
    • Kelulusan Pelan Bangunan: Kebenaran Merancang dan kelulusan pelan bangunan merupakan keperluan yang berasingan. Dapatkan kelulusan pelan bangunan yang diperlukan sebelum memulakan pembinaan, jika berkenaan.

    Apakah Langkah yang Perlu Diambil Sebelum Pembinaan?

    • Semak hak milik tanah dan syarat-syaratnya.
    • Pastikan cadangan pembangunan kediaman bersesuaian dengan zon guna tanah yang ditetapkan.
    • Dapatkan kelulusan berkaitan tanah yang diperlukan, jika berkenaan.
    • Sahkan keperluan Kebenaran Merancang dan pelan bangunan dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

    Kebenaran untuk membina rumah di atas tanah berstatus pertanian bergantung pada hak milik tanah, zon guna tanah, cadangan pembangunan dan kelulusan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan. Memahami keperluan ini lebih awal dapat membantu pemilik tanah mengenal pasti langkah yang perlu diambil serta mengurangkan risiko kelewatan dalam proses permohonan.

    FNA Concept Studio menyediakan perkhidmatan perundingan perancangan bandar bagi membantu pemilik tanah memahami keperluan perancangan dan menguruskan proses kelulusan pembangunan.

    Scroll to Top